Thursday 27 June 2013

sepi

malam yang dingin itu
seakan-akan kejam pada aku.

dinginnya yang merusuh jiwa sepi
seakan racun yang menambah luka yang telah sedia ada.
luka yang semakin pedih
hingga kesakitannya buat aku kaku

ya,
aku sepi.
tapi pada siapa harus aku mengadu?
pada bulan?
bulan saja emang tidak betah untuk melayan jiwa-jiwa sepi manusia
yang beratus tahun di pandangnya

sesak.
sukar untuk aku bernafas.
sepi itu seakan menabrak aku masuk ke ruang kotak yang semakin sempit dan kurang udara.
tercungap-cungap..
kelemasan.

sungguh aku tidak pasti,
sampai bila sepi itu akan terus mengejarku.
mungkin..
ianya takkan berhenti..

-- selagi aku belum mati.



.

Tuesday 25 June 2013

t.o.p.e.n.g

dalam dunai ini terlalu banyak topeng
yang semula jadi atau memang direka-cipta

fungsinya?
entah.
aku masih lagi mencari jawapan.

dan aku.
kini punya 2 topeng.
sisi yang sudah orang ketahui..
-- dan sisi yang aku cuba sembunyi.

kenapa?
entah.
tapi mungkin juga aku mencari keseimbangan dan keselesaan.
di kerumuni manusia yang hebat-hebat buat aku kadang-kadang
terperosok masuk kedalam diri sendiri.
menghalang topeng yang satu lagi untuk menampakkan diri.

dan sekarang aku sudah berani keluarkan keduanya.
mungkin tidak serentak.
tapi dalam dua dunia yang berbeza.

rasanya?
asyik.
dan aku selesa.
itu yang lebih baik bukan?



.

Wednesday 12 June 2013

tolol [II]


kamu itu tak ubah seperti..

..puting beliung.
meranapkan hati-hati yang kamu lalu.

kamu sedut segala yang kau mahu.
kamu putar jiwa-jiwa mereka agar sesat.
lalu kamu campak sesuka hati setelah bosan..

dan aku..

--mangsa kamu yang telah beratus kali terkena.



.

Tuesday 11 June 2013

zombie

..........


aku dah mati berkali-kali,

.. tak tau bila akan hidup berkali-kali jugak.

Sunday 9 June 2013

super tolol


bukan sekali.
tapi aku masih lalu jalan yang memeritkan itu.
cuba untuk tak menoleh.
tapi nanti-nanti aku tetap akan balik ke jalan yang sama.

lalu..
sakit terpijak duri.
cabut.
esoknya lalu lagi.

ah,
aku perlu seseorang untuk tampar muka aku dan pekik

"sudah-sudahlah jalan di jalan yang sama dan sakit berulang-ulang kali tolol!!". 

diri,
maaf sebab aku berkali-kali berjanji hal yang sama,
tapi akhirnya tetap juga aku mungkir.





.

magis



magisnya.
cuma sentuhan lembut buih-buih air laut pada kaki..
terus segala kekusutan hati pergi di bawa ke laut dalam.

tuhan,
sungguh kau bijaksana.



.

Saturday 8 June 2013

berulang-ulang kali

maaf.
bukan niat aku mahu kurang ajar.
tapi bila di tanya dengan soalan..
..yang sama tentunya
beratus kali

aku jadi jelak.
kalau saja aku sudah usaha,
tapi masih belum ada rezeki berpihak pada aku,

emang apa patut aku buat?
canang setiap kali aku usaha?
biar depan mata?
begitu?

penat.
tolong fikir perasaan aku sebelum tanya.

sebab..

sebelum orang lain tanya..
aku sudah hari-hari soal perkara yang sama pada diri.
tolong.


jangan buat aku gila lagi.



.